Gigih cari pembekal, Ebit Lew nak buka kedai runcit harga barang paling murah

Selepas mempunyai restoran dan juga butik sediri, kali ini pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew telah merancang untuk membuka kedai barangan runcit pula yang dinamakan ElewsMart.

Sedang cari pembekal barangan runcit

Sehubungan dengan itu, beliau sedang berusaha mencari pembekal barangan runcit paling murah bagi mengisi barangan di ElewsMartnya.

Harga paling murah

Namun begitu, apa yang mencuri perhatian adalah konsep kedai runcit tersebut yang akan memasarkan barangan runcit paling murah di dalam pasaran di Malaysia.
Konsep tersebut dilihat begitu menarik dan mendapat perhatian warganet selepas Ebit Lew menulis di Facebook meminta agar orang ramai mendoakannya memperoleh pembekal barangan runcit yang paling murah.

Ramai yang sudi bantu & kerjasama

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah mendoakan agar urusan Ustaz Ebit Lew terus dipermudahkan kerana niat pembukaan ElewsMart adalah membantu golongan sederhana mendapat bekalan runcit dengan harga yang murah.
Disamping itu, ada juga individu yang menyuarakan hasrat membantu dan ingin menjadi pembekal kepada ElewsMart yang ingin  di buka oleh pendakwah muda itu.

Buka peluang kepada produk Muslim

Semoga dipermudahkan ustaz

Sumber : Ebit Lew