Hina Islam dan Agong, identiti “Lionel Proctor” didedah warganet
Cukup berani mengeluarkan komen yang menghina agama Islam dan institusi diraja seorang pengguna Facebook dengan nama Lionel Proctor kini menjadi sasaran warganet yang tidak berpuas hati dengan kebiadapanya.
Menerusi komen biadap yang ditinggalkan lelaki ini mengeluarkan komen
“Siapa nak hormat raja-raja kau yang bertaraf macam ketua kampung dan agama kau yang diasaskan bangsa penunggang unta dari padang pasir,” tulisnya pada satu entri.
Mengundang rasa marah warganet, identiti lelaki ini juga turut didedahkan beberapa pengguna laman sosial.
Difahamkan lelaki ini berasal dari Melaka, malah lebih mengejutkan warganet turut mendakwa “Lionel” juga pernah dipenjara selama satu tahun kerana mencederakan pengawal keselamatan.
Sementara itu menerusi laporan Berita Harian Polis kini sedang menjalankan siasatan berhubung perkara ini.
Ketua Penolong Pengarah Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5 Pendakwaan/Undang-Undang, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, mengesahkan pihaknya ada menerima laporan berhubung perkara itu.
“Siasatan sedang dijalankan oleh pasukan USJT Bukit Aman dan kita sedang mengesan individu berkenaan.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.