Pinda undang-undang, hukuman lebih berat kepada pemandu mabuk
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Pengangkutan supaya merangka pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) supaya hukuman lebih berat dikenakan terhadap individu yang disabitkan dengan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah.
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan memandang serius keresahan rakyat berhubung peningkatan kes kemalangan jalan raya akibat pemandu mabuk.
“Saya difahamkan pindaan akta ini akan dimuktamadkan pertengahan Jun depan sebelum dibawa ke Dewan Rakyat untuk dibentangkan pada persidangan akan datang.
“Mengikut undang-undang sedia ada, individu yang memandu dalam keadaan mabuk boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM6,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan,” katanya dalam satu kenyataan.
Bagi kesalahan memandu dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan kematian pula, pesalah boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 dan penjara maksimum 12 bulan, kata Muhyiddin.
Menurutnya, pindaan ke atas Akta 333 diharap dapat menetapkan hukuman mandatori lebih berat dan setimpal terhadap pemandu mabuk yang menyebabkan kecederaan, apatah lagi kematian kepada pengguna jalan raya yang lain.
“Saya juga berharap pindaan hukuman ini kelak akan memberi pembelaan kepada waris keluarga mangsa kemalangan yang terjejas akibat pemandu mabuk,” katanya.
Sebelum ini, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, kementeriannya sedia meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) supaya hukuman lebih berat boleh dikenakan terhadap pemandu mabuk yang menyebabkan kematian atau kecederaan pengguna jalan raya yang lain.
Menurutnya, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diarah untuk meneliti semula akta tersebut.
Muhyiddin berkata, bilangan kes kemalangan jalan raya akibat pemandu mabuk semakin membimbangkan sejak kebelakangan ini.
Katanya, sebagai ketua kerajaan yang juga seorang bapa, beliau memahami keresahan rakyat dan keluarga mangsa kemalangan yang mahu kerajaan bertindak tegas menangani perkara ini.
“Statistik oleh polis menunjukkan sebanyak 21 kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk dicatatkan sepanjang 5 bulan pertama tahun ini. Daripada jumlah itu, 8 mangsa kehilangan nyawa.
“Perkara ini amat membimbangkan kerana jumlah yang direkodkan menghampiri keseluruhan 23 kes yang dicatatkan sepanjang tahun lepas,” katanya.