“Comelnya, Tiga-Tiga Kami Sayang” M0men Berharga, Ramai ‘Jatuh Cinta’ Bila PM, Ismail Sabri Dan Dr Noor Hisham Buat Vide0 C0nference

Biarpun terpaksa menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari, namun ia tidak menghalang Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memantau perkembangan dan situasi COVID-19 di Malaysia.
Komitment Muhyiddin itu terbukti apabila beliau melakukan sidang video bersama Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
“Sidang Video bersama YB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, ” katanya menerusi satu posting di akaun rasmi Twitternya.
Gambar ketiga-tiga individu penting itu kemudian viral dan mendapat perhatian ramai netizen.
Ada yang tertarik dengan keprihatinan Muhyiddin, namun tidak kurang juga yang seronok melihat keceriaan mereka ketika melakukan sidang media.
Anda boleh lihat momen menarik sepanjang sidang video itu dijalankan.
Sidang Video bersama YB Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Kanan Pertahanan dan YBhg Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan.https://www.facebook.com/112183975526837/posts/3027312584013947/ 


View image on TwitterView image on TwitterView image on TwitterView image on Twitter

Untuk rekod, Muhyiddin terpaksa menjalani kuarantin selama 14 hari susulan seorang pegawai yang hadir pada mesyuarat pasca-kabinet di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya, Rabu lalu, disahkan positif Covid-19.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan, Muhyiddin sudah menjalani ujian saringan dan didapati negatif.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page