“Saya pakai kerana Allah…” – Ezlynn ambil keputusan bertudung sepenuhnya

Mengambil berkat bulan Ramadan yang lalu, penyanyi Ezlynn Ariffin telah memutuskan untuk berhijrah memakai hijab sepenuhnya.
Tambah Ezlynn, selepas tiga tahun mencuba memakai tudung setiap kali bulan Ramadan, pada tahun ini menjadi titik permulaan untuk dirinya berubah sepenuhnya.

3 tahun cuba bertudung

“Sebelum ini saya memang berhijab setiap kali bulan puasa selama 3 tahun berturut-turut. Tetapi tahun ini saya ambil keputusan untuk berhijab terus sepenuhnya…”

Pakai kerana Allah, bukan sebab siapa

Memohon doa agar dipermudahkan untuknya menjalani perubahan ini, pelantun lagu Hi Hi Bye Bye, itu menjelaskan bahawa keputuan untuk berhijab hanyalah kerana Allah.
“Saya berhijrah hanya kerana Allah, tiada sebab untuk berhijrah kerana sesiapa. Cuma apa yang …”
Diharapkan agar Ezlynn akan terus istiqamah dan menjadi inspirasi kepada wanita-wanita Muslim yang lain untuk turut menutup aurat.