“Tak payah kaji2 lagi…” – KPKT sedia beku lesen jual arak, rakyat gesa haramkan terus
Berikutan daripada jumlah kemalangan maut yang membabitkan pemandu mabuk semakin meningkat di Malaysia, membuat rakyat menggesa kerajaan agar mengambil tindakan segera.
Lantaran itu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi laporan Harian Metro, memberitahu pihak mereka bersedia untuk membekukan pengeluaran lesen penjualan minuman keras.
Sedia beku lesen jual arak
Bagaimana pun, menterinya, Zuraida Kamarudin, berkata, sebelum keputusan dibuat beberapa perkara perlu diselesaikan terlebih dahulu dan perbincangan antara kementerian lain yang berkaitan, untuk dinilai semula.
Kena kaji dulu
Tambah beliau, sebelum membekukan lesen penjualan minuman keras, kementeriannya juga perlu mengkaji statistik kemalangan jalan raya yang membabitkan pemandu mabuk.
“Kerajaan perlu mengambil kira semua faktor sebelum membuat keputusan. Apa yang penting sekarang adalah hukuman ke atas pesalah dulu, dan di masa akan datang, kita tengok isu ini (hentikan lesen)…”
Buat ajer la! Berapa ramai lagi kena mati sebab arak
Sementara itu, rata-rata netizen sudah tidak sanggup lagi menunggu dan mahu pihak kerajaan mengambil tindakan drastik dengan mengharamkan penjualan arak, susulan telah banyak nyawa terkorban.
Kena mesti nak beku lesen, haramkan terus
Sementara nak tunggu beku, nyawa dalam bahaya
Malaysia dah tidak boleh berlembut lagi, sudah banyak nyawa insan tidak berdosa terkorban. Hukuman dan undang-undang perlu diperketatkan lagi agar kematian mangsa terbela.
Sumber : Harian Metro