Petani Vietnam Terjejas, China Busuk Hati Tutup Empangan Sungai Mekong!

Belum habis dengan isu penularan COVID-19, negara China sekali lagi ‘diserang’ oleh penduduk dunia kerana membenarkan pasar haiwan liar mereka beroperasi seperti biasa. Bahkan, ramai yang kecewa negara China seakan-akan tidak serik dengan musibah yang melanda dunia saat ini.
Pada tahun-tahun kebelakangan ini, perubahan iklim dan curahan hujan yang berkurang menyebabkan bencana kemarau sering berlaku di kawasan aliran Sungai Mekong.
Keadaan bertambah teruk apabila negara China telah menguasi sebanyak 11 empangan utama di sepanjang Sungai Mekong yang menjadi tempat bergantung kepada rakyat negara Laos, Kemboja, Thailand, Myanmar dan juga Vietnam (Suruhanjaya Sungai Mekong).
Di Twitter, seorang rakyat Vietnam mendedahkan bahawa, negara China kini mengekat pengaliran air ke negara-negara Suruhanjaya Sungai Mekong. Akibatnya segala aktivit pertaniah dan juga perikanan negara Suruhanjaya Sungai Mekong  turut terjejas dengan teruk.
Mereka yang bergantung pada perikanan darat mengatakan hasil tangkapan mereka menurun dengan mendadak. Kekeringan dan kemarau yang melanda selalunya disebabkan negara China menyekat kemasukan aliran air di Sungai Mekong.
Malah, petani juga mengalami kerosakan tanaman dan kerugian yang teruk apabila negara China melepaskan air di empangan Sungai Mekong dengan secara tiba-tiba dan mengakibatkan banjir.
Untuk mengetahuan am, Sungai Mekong merupakan sungai ke-12 terpanjang di dunia, yang membentang sepanjang 4,350km dari utara China ke selatan Vietnam.