Bersalin anak kembar, wanita meninggal dunia selepas 14 hari koma

Seorang wanita yang selamat bersalin anak kembar pada 31 Mac lalu meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu pagi tadi selepas 14 hari dalam keadaan koma.
Berita duka itu dikongsi seorang pengguna Facebook, Nurul Asma Salsabila yang memuat naik gambar ketika pernikahan arwah Nasuha Shafie dan suaminya yang dikenali sebagai Mie.
“Setelah 14 hari koma selepas, dia beranak anak kembar pada 31/3/20. Baby alhamdulillah sihat sempurna dua2, dua2 baby girls. Semoga syahid buatmu adik Suha.. Aamiin,” tulisnya.
Terdahulu, Mie memuat naik sebuah video istimewa setelah merindui isterinya yang tidak sedarkan diri sehingga tiba ajal wanita itu dijemput Ilahi.

Hanya mampu berdoa untuk sayang

“Sayang biy rindu sayang. Semua orang rindu sayang. Sedar la sayang, anak kita tunggu sayang. Biy tak tahu nak buat macam mana dah,” katanya.
Besar pengorbanan seorang wanita untuk melahirkan zuriat tercinta. Salam takziah buat keluarga arwah! Moga ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Amin.