5 hari lagi menjelang PKPB tamat, Rakyat menunggu khabar gembira ini
Sejak dari akhir bulan lepas, kerajaan dan KKM seperti memberi bayangan untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat apabila jumlah kes positif CoV-19 di Malaysia berjaya di kawal.
Sebelum ini, akhbar tempatan menjangkakan PKPB bakal ditamatkan pada 9 Jun 2020 ini selepas Malaysia berada di dalam pasca pemulihan terakhir. Dr Noor Hisham Abdullah juga memberi bayangan untuk semua sektor ekonomi dibuka semula.
Penamatan PKPB
Sekiranya apa yang dimaklumkan oleh Dr Noor Hisham pada 30 Mei yang lalu, iaitu berkemungkinan besar sekiranya kes CoV-19 di Malaysia mencatatkan angka 1 digiti dalam masa seminggu dari tarikh tersebut maka ia akan membantu penamatan PKPB.
Tetapi ia juga bergantung kepada keadaan semasa dan jangkaan semasa. Dalam masa yang sama, Dr Noor Hisham tidak menafikan bahawa kerajaan masih meneruskan PKPB namun lebih longgar.
Sebelum ini, kerajaan telah mengumumkan bahawa pasangan yang berada di negeri berbeza dan ingin melangsungkan perkahwinan (pernikahan) dibenarkan untuk rentas negeri bagi tujuan akad nikah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ini.
Kerajaan juga telah memaklumkan bahawa, aktiviti pra-perkahwinan juga diberkan dengan mengambil jurufoto. Selain itu, aktiviti perfileman Malaysia, drama dan iklan dibenarka mulai 10 Jun ini turut diumumkan oleh kerajaan.
Jadi rakyat pasti akan menunggu apakah khabar gembira akan menjelma pada hari Sabtu ini, apabila mesyuarat khas dijadualkan akan berlangsung untuk membincangkan beberapa lagi Prosedur yang bakal diperkenalkan.
Antara yang dibincangkan adalah akitiviti keagamaan di rumah ibadat dan perkhidmatan kedai gunting rambut. Adakah aktiviti jualan pasar malam akan dibenarkan semula, semuanya akan dibincangkan.
Malaysia sudah bersedia
Dr Noor Hisham memaklumkan, walaupun masih tiada kes COVI1D-19 di Malaysia ketika peringkat awal kemunculan virvs berkenaan di Wuhan, China pada penghujung tahun lalu, Malaysia sudah memulakan persediaan seawal Januari lalu melalui perancangan strategik dengan mengenal pasti kaedah meng3san jangk1itan, menambah baik respon kepada virvs baharu dan persediaan kemudahan perubatan.
Sementara itu, ditanya mengenai jadual harian beliau dan pasukan Kementerian Kesihatan sejak COVI1D-19 melanda negara, Dr Noor Hisham berkata, pasukannya memulakan tugas dengan mengadakan mesyuarat pada jam 8 pagi.
“Selepas jam 9 pagi, kita bermesyuarat dengan Menteri Kanan dan menteri-menteri, dan melihat tindakan secara bersepadu membabitkan pendekatan kerajaan dan masyarakat secara keseluruhan.
“Kadangkala, kita bermesyuarat dengan Perdana Menteri sehingga jam 1 tengah hari atau 2 petang dan kemudian kembali ke kementerian untuk melihat data kita. Perancangan kita adalah berdasarkan data.
“Kita juga selalu bermesyuarat sehingga tengah malam terutama jika kita melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Dipertingkatkan (PKPD),” katanya.
sumber: bernama