Pohon DOA Buat Tuan Guru Ustaz Dato’ Ismail Kamus Yg Sedang Dirawat Di ICU, HKL

Assalamualaikum wbt…
Assalamualaikum semua, saya dimaklumkan oleh sahabat, Tuan Guru kita Ustaz Dato’ Ismail Kamus sedang uzur dan kini berada di Hospital. Dikhabarkan Tuan Guru sekarang berada di wad ICU, HKL, tekanan dar@h rendah, jangk1tan kuman di paru-paru  dan jantung pun lemah.
Saya ingin menyeru dan mengajak sahabat² semua untuk bersama-sama memohon doa buat beliau agar dipermudahkan segalanya dan diangkat segala kesakitan buat beliau utk pulih, sihat kuat seperti sediakala.
Semoga di bulan dan hari yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini Allah memakbulkan segala bentuk doa-doa kita. Jazakumullahu Khairan. Wa ahsanallahu ilaikum.
Admin ‘throwback’ sebuah artikel yg pernah dimuat naik tahun lepas, 2019, juga di bulan Ramadhan Tuan Guru Dato’ mengerjakan solat terawih di IJN selepas beliau dimasukkan ke sana untuk mendapatkan rawatan.