Ibu di hospital ayah hilang entah kemana, bayi dikebumikan hanya diiring atuk & imam

Masuk hari ke-7 Ramadan, telah banyak berita kehilangan yang kita terima. Sudah pasti, pemergian insan yang tersayang di saat ini sangat memeritkan buat ahli keluarga.
Seperti perkongsian aktivis yang dikenali sebagai Abam Botak, di Facebook baru-baru ini, telah berkongsi mengenai pemergian seorang bayi pada hari ke-7 Ramadan.

Bayi meninggal dunia

Terus menjalankan khidmat untuk membantu dalam urusan memandikan dan menyembahyangkan jenazah bayi baru lahir itu. Namun, apabila tiba masa mengebumikan, suasana bertukar sayu.
Mana tidaknya, di saat perjalanan akhir bayi ini di dunia, ibu bapa tiada sisi untuk mengiringinya hingga di perkuburan, yang ada hanya atuk dan imam sahaja mengebumikan anak syurga berkenaan.

Ibu masih bertarung nyawa di hospital

Difahamkan, ibunya yang baru bersalin masih dalam keadaan lemah di hospital, manakala ayahnya pula tidak dapat dikesan lokasinya.
Meskipun tidak ramai hadir melihat pengebumian bayi ini, termasuk ibu dan bapanya, namun sudah tersedia tempat istimewa buat bayi ini akhirat kelak.