944 MyKad ‘GHAIB’ Dalam Sehari, Selamatkah Data Kita?

Tahap keselamatan dokumen warganegara atau MyKad kini diragui kerana data kehilangan dokumen itu yang luar biasa dilaporkan, dibimbangi berkait rapat dengan kegiatan penjualan MyKad kepada warga asing.
Mengikut data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), sebanyak 1.7 juta unit MyKad dilaporkan hilang kerana kecua1an atau jenay@h, dalam tempoh lima tahun antara 2015 hingga 2019 atau 944 keping MyKad hilang dalam sehari.
Penganalisis Kajian Strategik dan Keselamatan Negara, Profesor Madya Dr Mizan Mohammad Aslam berkata, daripada jumlah itu, 1.3 juta unit MyKad dilaporkan hilang kerana cuai manakala 363,580 unit dilaporkan hilang kerana jenay@h seperti dir@gut, dir0mpak dan sebagainya.
Katanya, data berkenaan dilihat luar biasa, malah pada tahun 2018, sebanyak 19.3 juta pemilik MyKad belum menukar MyKad baharu juga luar biasa jumlahnya, selain 20, 410 unit MyKad dilaporkan hilang dalam benc@na.
“Ini menimbulkan hipotesis adakah kehilangan atau keengganan pemilik MyKad menukar MyKad baharu sebenarnya ada kaitan dengan isu penjualan data MyKad kepada warga asing?
“Negara pula dikejutkan dengan isu penjualan MyKad kepada warga China di Pulau Pinang pada tahun lalu menggunakan data individu yang sudah men1nggal dunia, membabitkan Pengarah JPN negeri sendiri. Seramai 1,047 turuy dikesan memiliki MyKad asli menggunakan data orang lain.
“Isunya, MyKad berkenaan adalah asli tetapi menggunakan data rakyat untuk semua akses termasuk memohon kemudahan warganegara seperti pasport, perniagaan, pemilikan hartanah, pendidikan, perubatan dan paling membimbangkan ia digunakan untuk jenayah,” katanya kepada wartawan.
Tambahnya, menurut laporan Ketua Audit Negara pada tahun 2018, sebanyak 95 peratus atau lebih 100,000 pelancong China dan India yang masuk pada 2015 tetapi tidak keluar dari negara ini setelah masuk tiga tahun berlalu.
“China memiliki sembilan pusat Bahasa Universiti yang mengajar Bahasa Melayu, bayangkan jika pelajar mereka masuk dan memiliki MyKad, kita tidak dapat bezakan mereka kerana fasih berbahasa, hafal lagu kebangsaan dan rukun negara kerana sudah ada dalam modul pelajaran mereka.
“Sehingga ke hari ini, keberadaan mereka gagal dikesan yang menimbulkan hipotesis mereka sedang menggunakan dokumen seperti MyKad untuk survival dan bekerja di negara ini. Hasil maklumat ris1kan ada di kalangan warga asing menggunakan MyKad untuk memohon kerja sebagai tentera, malah ada yang menjawat sebagai guru dan lain-lain jawatan spesifik.
“Selain itu, sudah ada ramai yang dikesan bekerja sebagai pengawal keselamatan termasuk kes r0mpakan dan bun0h pada 23 Oktober 2013 oleh La Ode, warga Indonesia. “Malah dalam beberapa operasi, penguatkuasa berjaya menemui warga Bangladesh memiliki MyKad kita,” katanya.
Tambahnya, ketika pendedahan media warganegara ekspres di tahun 2014 dan 2015, sumber dari negara jiran memberitahu bahawa dalam pengetahuannya terdapat lima juta data MyKad adalah warganegara ekspres dan ia sudah direkodkan, juga melibatkan pegawai tertinggi JPN.
“Malah menurut sumber ketika itu, SPRM yang sudah bersedia dengan berbagai bukti termasuk peralatan yang digunakan oleh JPN sendiri untuk membawa kes itu ke mahkamah tetapi terhalang oleh ‘alasan’ tertentu,” katanya. “Sebaliknya, pegawai SPRM yang membongkar dan menangkap penjenayah tersebut pula yang dipindahkan ke jabatan lain, ” katanya
Baca lanjut di pautan di bawah…