Ebit Lew Bayarkan Hutang & Tawar Bilik, Pak Cik Kaki Lima Tekad Ubah Nasib Diri

Ebit Lew Bayarkan Hutang & Tawar Bilik, Pak Cik Kaki Lima Tekad Ubah Nasib DiriTerdahulu, seorang lelaki tua tular ditemukan dalam keadaan lapar berseorangan di kaki lima. Atas keprihatinan seorang gadis, warga emas itu diberikan sedikit makanan sebelum dia meminta bantuan masyarakat menerusi laman Facebook miliknya.

Tanpa disangka posting itu menjadi viral dan ramai pihak prihatin dengan nasib yang menimpanya termasuk kematian isterinya.

Terlewat baca mesej
Hari ini, Ustaz Ebit Lew segera menemui lelaki ‘viral’ itu selepas dia menerima beberapa pesanan daripada orang ramai untuk tampil membantu.

Walaupun penceramah tersebut agak ralat kerana terlambat membaca mesej tersebut dan sangat berterima kasih kerana ada insan baik hati datang menolong Pak Long terlebih dahulu.
Ebit Lew
Ebit Lew
Ebit Lew
Syukur Pak Long dah ada rumah
Atas dasar simpati, dia segera menemui pemilik asal rumah sewa Pak Long dan menyelesaikan hutang serta bayaran bulanan yang akan datang.

Ebit Lew juga menyediakan keperluan harian yang dianggarkan cukup sehingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Susulan itu, pendakwah ini bersyukur kerana Pak Long telah memiliki tempat berteduh dan berharap agar segala amalannya diterima Allah SWT.

Ebit Lew
Ebit Lew
Ebit Lew Bayarkan Hutang & Tawar Bilik, Pak Cik Kaki Lima Tekad Ubah Nasib Diri 1
Sebak tengok, teringat abah kat kampung

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terharu atas tindakan pantas Ebit Lew dalam membantu mana-mana pihak yang tidak bernasib baik. Selain mendoakan agar Pak Long memperoleh pekerjaan, mereka juga meluahkan rasa rindu apabila terkenang ayah di kampung.
Ebit Lew Bayarkan Hutang & Tawar Bilik, Pak Cik Kaki Lima Tekad Ubah Nasib Diri 2